| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

#QuranHour Peringkat Penghuni Penjara Marang Bagi Tahun 2018

Marang, 07 Jun 2018 (Khamis) Bersamaan 22 Ramadhan 1439 Hijrah, Unit Agama Penjara Marang telah menganjurkan Program #QuranHour yang telah disertai oleh 100 orang penghuni melibatkan penghuni dari Rumah Ngaji, Kelas Tahfiz dan Surau Al Falah. Aturcara program ini telah dimulakan dengan Zikir Munajat, Solat Sunat Dhuha dan diteruskan dengan membaca Al-Quran. Turut serta  memeriahkan program ini ialah kakitangan penjara yang bertugas.

Antara lain program ini diadakan adalah bertujuan, sebagai salah satu pengisian aktiviti yang bermanfaat sempena Bulan Ramadhan yang barakah ini. Disamping itu juga, ianya secara tidak langsung memupuk nilai positif dalam diri individu untuk membudayakan bacaan Al-Quran sebagai amalan dalam kehidupan seharian sebagaimana Firman Allah Ta?ala :

?..Sesungguhnya telah datang kepadamu cahaya dari Allah, dan kitab yang menerangkan. Dengan kitab itulah Allah menunjuki orang-orang yang mengikuti keredhaan-Nya ke jalan keselamatan, dan (dengan kitab itu pula) Allah mengeluarkan orang-orang itu dari gelap gelita kepada cahaya yang terang benderang dengan seizin-Nya dan menunjuki mereka ke jalan yang lurus..? (Al- Ma?idah : 15-16).


""