| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Program Quran Hour Perdana dan Tahlil Peringkat Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka

Pada 08 Jun 2018 (Jumaat), Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka telah mengadakan Program ?Quran Hour? Perdana yang melibatkan kakitangan dan penghuni. Program ini dianjurkan bertujuan untuk menggalakkan kakitangan dan penghuni memahami dan menghayati kitab suci Al-Quran sempena bulan Ramadhan yang mulia. Program ini telah disertai seramai 115 penghuni dan 50 kakitangan SHG Telok Mas, Melaka. Pengisian program  dimulakan dengan Tadarus Al-Quran, Khatam Al-Quran dan Tahlil. Turut hadir menjayakan program PKP Abd Rahman Bin Taib, Pengarah Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka, PP Redzwan Bin Saghil@ Yusof, pegawai-pegawai kanan dan kakitangan awam.


""