| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Iftar Tahanan Bersama Kakitangan Peringkat Institusi Pusat Pemulihan Akhlak Batu Gajah Perak

Pada 07 Jun 2018 (Khamis) Pusat Pemulihan Akhlak Batu Gajah Perak telah mengadakan Majlis Iftar Tahanan Bersama Kakitangan Pusat Pemulihan Akhlak. Majlis tersebut disertai oleh PKP M.Basakaran A/L S.Muthiah (Pengarah Pusat Pemulihan Akhlak Batu Gajah) dan PP Wan Hasnoul Zairie Bin Wan Husin bersama 40 anggota dan 3 orang pegawai dari Baitulmal Daerah Batu Gajah dan Agama Islam Daerah Batu Gajah Negeri Perak. Antara program yang dijalankan pada hari berkenaan adalah Majlis Khatam Al-Quran dan Tahlil, Penyampaian cenderahati oleh pengarah kepada peserta tadarus(wakil tahanan Blok A & wakil tahanan Blok B) dan cek kepada Pegawai Baitulmal Daerah Batu Gajah, jamuan berbuka puasa, solat Maghrib, solat Isyak dan terawih.


""