| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Majlis Iftar Ramadhan Peringkat Pejabat Pengarah Penjara Negeri Sarawak Tahun 2018

Pada 25 Mei 2018 (Jumaat), bersempena dengan Ramadhan 1439H Majlis Iftar Ramadhan Peringkat Pejabat Pengarah Penjara Negeri Sarawak Tahun 2018 telah diadakan bertempat di Pusat Latihan Wilayah Sarawak (PULAPEN). Majlis berbuka bermula jam 6.45 petang, diikuti dengan Solat Maghrib, Solat Isyak diakhiri dengan Solat Terawih yang diimamkan oleh Sarjan Romanto bin Haji Omar. Majlis diserikan dengan kehadiran TKP Ajidin bin Haji Salleh, Pengarah Penjara Negeri Sarawak dan isteri, Puan Aemyzarina binti Badrin selaku Pengerusi PERSIAP Pejabat Pengarah Penjara Negeri Sarawak. Turut hadir ialah PKK Fathi bin Mursidi, Timbalan Pengarah Penjara Negeri Sarawak, PKP Hamdan Salleh bin Majin, Pengarah Penjara Puncak Borneo dan kakitangan serta keluarga Kompleks Penjara Puncak Borneo.


""