| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Majlis Perasmian Rumah Ngaji Bahagian Agama Unit Pembangunan Insan (PPI) Wanita  Penjara Sungai Udang, Melaka

Bagi memertabatkan lagi penguasaan bacaan dan penghafazan Al-Quran kepada banduan wanita Bahagian Agama Unit Pembangunan Insan (PPI) Wanita Penjara Sungai Udang Melaka telah mengambil Inisiatif untuk menubuhkan Rumah Ngaji Khas bagi golongan Wanita. Majlis perasmian Rumah Ngaji Wanita telah disempurnakan oleh YBrs TKP Noor Aziz bin Muhammad Noor, Pengarah Penjara Sungai Udang pada 06.06.2018 ( Rabu ). Dengan tertubuhnya Rumah Ngaji ini  banyak lagi aktiviti keagamaan yang melibatkan banduan  wanita dapat dijalankan. Pada majlis itu, pengarah telah menyampaikan saguhati kepada 8 kumpulan yang berjaya khatam Al-Quran yang telah disertai seramai 80 orang yang terdiri dari banduan dan tahanan reman. Tetamu juga turut dihiburkan dengan persembahan dari Kumpulan Nasyid Soutul Najjah.



""