| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program ?World Quran Hour? Peringkat Institusi Pemulihan Dadah Jelebu

7 Jun 2018 (Khamis) ? Institusi Pemulihan Dadah Jelebu telah menganjurkan Program Sempena ?World Quran Hour? bertempat di Surau Al-Ikhlas IPDJ. Program ini telah disertai seramai 50 orang kakitangan yang telah dipimpin oleh Ustaz Ahmad Khalilullah Bin Hamdan dan Ustaz Mohd. Aizalfitri Bin Hashim, Pegawai Agama IPDJ. Program ini bermula pada pukul 12.30 tengahari hingga 1.15 petang. Program ini telah berjalan serentak seluruh Malaysia dengan membaca dan mentadabbur surah Al-Hujurat. Objektif program ini ialah untuk menggalakkan setiap individu untuk baca, faham, amal nilai-nilai yang terdapat dalam Al-Quran. Selain itu, untuk mewujudkan minda Al-Quran dan sistem pengendalian dalam jiwa dan akhirnya mempraktikkan nilai-nilai Al-Quran dalam akhlak mereka serta sekurang-kurangnya mengambil satu jam bersama Al-Quran selama 365 hari setahun di mana sahaja. Disamping itu, mengambil keberkatan 10 hari terakhir dalam bulan Ramadhan untuk meningkatkan interaksi dengan Al-Quran.


""