| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Iftar Jama?ie Dan Khatam Al-Quran  Peringkat Kakitangan Dan Penghuni Pusat Koreksional Jasin

Pada 06 Jun 2017 (Rabu) bersamaan 21 Ramadan 1439H,  bertempat di Surau Al-Hidayah Blok Damai Pusat Koreksional Jasin telah diadakan  Majlis Iftar Jama?ie  dan Khatam Al-Quran Peringkat Kakitangan dan Penghuni. Majlis turut diserikan  dengan kehadiran YBrs  KP Abdul Aziz Bin Mohamad, Pengarah Penjara Negeri Melaka, PKP Noratimah binti Abu Bakar selaku Pengarah Pusat Koreksional Jasin dan  jemputan-jemputan daripada institusi Penjara Negeri Melaka. Program dimulakan dengan majlis Khatam Al-Quran oleh kakitangan dan penghuni serta diteruskan dengan penyampaian sumbangan cenderahati kepada peserta khatam Al-Quran serta disusuli dengan penyampaian cenderahati penghargaan kepada guru-guru agama daripada MAIM dan JAIM. Majlis diteruskan dengan nyanyian nasyid daripada kakitangan dan penghuni Pusat Koreksional Jasin. Program diakhiri dengan majlis berbuka puasa dan solat Maghrib berjemaah.


""