| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Majlis Jasamu Dikenang Dan Anugerah Anak Cemerlang Peringkat Zon Utara 2 Tahun 2018

KAMUNTING, 11 MEI 2018 (JUMAAT) ? Pada 11 Mei 2018 yang lepas, Pusat Koreksional Kamunting telah dipertanggungjawabkan untuk mengelola Majlis Jasamu Dikenang Peringkat Zon Utara 2 Tahun 2018 yang telah diadakan di Dewan Kolej Multimedia (Telekom) Taiping. Majlis diseri dengan kehadiran YBhg. KJP Dato' Sri Haji Zulkifli bin Omar Ketua Pengarah Penjara Malaysia dan isteri YBhg. Datin Sri Hajjah Noraini bt Haji Man, Yang DiPertua PERSIAP Malaysia; YBhg TKJP Dato' Jamaludin bin Saad, Timbalan Ketua Pengarah Penjara (Pegurusan); YDH KP Ahmad Faudzi bin Haji Awang, Pengarah Bahagian Keselamatan dan Inteligen; YDH TKP Ariffin bin Mohd Noor, YDH TKP Ku Nawawi bin Ku Abdul Hamid dan isteri, Pengarah Bahagian Pembangunan Profesionalisme; YDH TKP Ibrisam bin Abdul Rahman, Pengarah Bahagian Parol & Perkhidmatan Komuniti; Encik Mohd Faiz bin Abd Rahman, Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan dan Perolehan; YDH TKP Tan Tian Heng Pengarah Penjara Negeri Perak dan isteri, serta PKK Adnan bin Atan, Timbalan Pengarah BPP; dan semua Ketua Ketua Institusi Zon Utara 2.

Dalam majlis ini seramai (80) pesara bersama pasangan serta bakal pesara bersama pasangan bagi Zon Utara 2 tahun 2018 hadir dirai serta disantuni sebaiknya bagi menghargai sebuah perjuangan panjang yang bercampur keringat dan airmata. Satu majlis yang tidak mampu untuk membalas segala sumbangan mereka pada Jabatan dan Negara, namun Jabatan Penjara tetap memanjangkan rasa terima kasih dan penghargaan kepada semua veteran-veteran Jabatan. Bagi pesara yang berkhidmat 35 tahun dan ke atas, satu insentif khas dari POA telah diberikan kepada mereka. Majlis juga turut menghargai anak anak cemerlang dalam setiap peperiksaan. Seramai (69) anak cemerlang kakitangan Jabatan Penjara Zon Utara 2 turut dirai dan diberi penghargaan khas.

Semoga majlis ini meninggalkan nostalgia dan kenangan manis pada mereka semua.Selamat Bersara kepada mereka, semoga langkah langkah mereka dan kita semua sentiasa dilindungi dan diberkati Allah SWT jua, diberi kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan.Pengarah dan warga kerja Penjara Negeri Perak mengucapkan Selamat Bersara dan Selamat Maju Jaya.


""