| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Majlis Iftar Ramadan Kakitangan  Wanita Bersama Banduan Wanita Di Penjara Sungai Udang, Melaka

Di Bulan Ramadhan merupakan bulan yang diberkati dan mengeratkan hubungan silatulrahim dikalangan sesama manusia, bertempat di Blok Penempatan Wanita ( Fitrah ) pada 06.06.2018 ( Rabu ) telah diadakan Majlis Iftar Ramadan Kakitangan Wanita bersama Banduan Wanita Penjara Sungai Udang. Turut hadir ke majlis tersebut YBrs. TKP Noor Aziz bin Muhammad Noor Pengarah Penjara Sungai Udang, Melaka, PP Hairol Hisham bin Mohd Harith, mewakili Pengarah Penjara Negeri Melaka dan PKP Zalina binti Mohd Yunus, Komandan Institut Koreksional Malaysia (IKoM). Sebelum majlis berbuka puasa  para tetamu telah diberi tazkirah ilmu yang telah disampaikan oleh Ustazah  Rohaya binti Mohamad Penceramah dari Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) yang bertajuk ?Ramadhan Yang Diberkati? dan  persembahan dari Kumpulan Nasyid Soutul Najjah.
""