| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Program Iftar Bersama Penghuni  Sekolah Integriti Puncak Alam (SIPA) Anjuran Persatuan Siswazah Wanita Malaysia (PSWM) Dengan Kerjasama Pusat Koreksional Puncak Alam

2 Jun 2018 ( Sabtu ) ? Program Iftar bersama penghuni anjuran Persatuan Siswazah Wanita Malaysia (PSWM) dengan kerjasama Pusat Koreksional Puncak Alam yang melibatkan 100 penghuni berumur antara 14 hingga 21 tahun.

Program ini bertujuan bagi mendekati penghuni dan mengajak bersama-sama merasakan semangat berpuasa seperti golongan belia yang lain. Pelbagai perkongsian yang diberikan oleh YBhg Datin Fauziah Binti Mohd Ramly, Encik Rashidi Bin Abdullah dan Ustaz Amir Harithah Bin Azhar kepada penghuni.
Pengarah Pusat Koreksional Puncak Alam, PKP Amer Shariffudin berkata dalam ucapan beliau, penghuni di sini menjalani ibadat puasa seperti orang lain dan mereka disediakan makanan untuk berbuka puasa dan bersahur setiap hari.

?Tiada bezanya sambutan Ramadan bagi para penghuni Sekolah Integriti Puncak Alam ini dengan rakan-rakan sebaya mereka di luar. Cuma sebagai pesalah juvana, mereka terikat dengan peraturan ditetapkan pihak penjara?. Katanya.

Akhir program tersebut, turut diadakan penyampaian Sijil Penghargaan dan cenderahati kepada Persatuan Siswazah Wanita Malaysia (PSWM) atas penganjuran program Iftar ini.


""