| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Majlis Berbuka Puasa Penghuni Sekolah Integriti Puncak Alam Bersama Knowledge Inbound NGO Mulhaq

4 Jun 2018 ( Isnin ) ? Majlis Berbuka Puasa bersama penghuni Sekolah Integriti Puncak Alam anjuran NGO Knowledge Inbound (Program Mulhaq) dengan kerjasama Pusat Koreksional Puncak Alam yang melibatkan 50 penghuni berumur antara 14 hingga 21 tahun.

Program ini bertujuan bagi mendekati penghuni dan mengajak bersama-sama merasakan semangat berpuasa seperti golongan belia yang lain serta memupuk semangat cintakan Al-Quran . Pelbagai perkongsian yang diberikan oleh badan NGO Mulhaq iaitu En Noh Fariq bin Omar , En Fazlal bin Fauzi, En Mohamad Zulfa Khairi bin Ab Rahim,  En Khairul Imran bin Che Man, En Mohd Fadhullah bin Rosli, En Mohd  Nur Ikhwan bin Naridan.

Akhir program tersebut, turut diadakan penyampaian simbolik majlis dengan memberikan senaskah Al-Quran serta kurma dari badan NGO Mulhaq kepada Pengarah Pusat Koreksional Puncak Alam. Majlis itu juga turut di adakan penyampaian Sijil Penghargaan dan cenderahati kepada badan NGO Mulhaq yang diberikan oleh PKP Amer Shariffudin Bin Mat Noor, Pengarah Pusat Koreksional Puncak Alam.


""