| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Program Ihya Ramadhan Untuk Penghuni Penjara Puncak Borneo Kuching

Khamis, pada 31 Mei 2018 bersamaan 15 Ramadhan 1439 Hijrah, Bahagian Pemulihan dan Rawatan Penjara Puncak Borneo telah mengadakan Program Ihya Ramadhan untuk Penghuni Penjara Puncak Borneo Kuching, bertempat di Dewan Serbaguna Penjara Puncak Borneo. Majlis dimulakan dengan Ceramah Ramadhan yang bertajuk Madrasah Ramadhan Mengajar Ummah Erti Kesyukuran daripada Ustaz  Abdul Rahim Bin Othman JAKIM Cawangan Sarawak dan diikuti dengan Majlis Iftar Jama?i (berbuka) dan Solat marghrib. Majlis turut dihadiri oleh PP Nazri Bin Mohamad Timbalan Pengarah Penjara Puncak Borneo, PP Tajudin Bin Tungal Ketua Bahagian Keselamatan Penjara Puncak Borneo, TPP Mohammad Hafiz Bin Matsahri Bahagian Pemulihan Penjara Puncak Borneo serta anggota Pemulihan.


""