| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Lawatan Lembaga Peperiksaan  Kementerian Pendidikan Malaysia Ke Sekolah Integriti Puncak Alam

31 Mei 2018 ( Khamis ) ? Lawatan Kerja Sosial Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia ( KPM ) ke Sekolah Integriti Puncak Alam (SIPA). Lawatan tersebut turut dihadiri oleh Encik Fauzi Bin Asirop Ketua Sektor Pengendalian Peperiksaan Menengah Atas dan Luar Negara dan 34 pegawai lain-lain sektor juga turut  hadir sama.

Lawatan ini turut disambut oleh KP Hj Darussalam Bin Hj Budin Pengarah Penjara Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan PKP Amer Shariffudin Bin Mat Noor Pengarah Pusat Koreksional Puncak Alam serta Puan Suriah Binti A.Chik Penyelia Sekolah SIPA.

Tujuan utama lawatan ini adalah bagi mengenali dan memahami corak pembelajaran dan pengajaran yang dijalankan di Sekolah Integriti Puncak Alam, memandangkan terdapat penghuni yang akan menduduki Peperiksaan Awam Malaysia yang di kendalikan oleh pihak Lembaga Peperiksaan.

SPPMALN turut berkongsi ilmu bersama penghuni bagi menerangkan kepentingan pentaksiran dan Peperiksaan yang bakal diduduki bagi membantu penghuni meningkatkan tahap keyakinan diri sewaktu menjawab Peperiksaan.


""