| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Rakaman Program Promosi Parol & Perkhidmatan Komuniti Di Media Dengan Kerjasama Telekom Malaysia Berhad Dan TV Alhijrah

Pada 14 Februari 2018 Telekom Malaysia dalam perbincangan rasmi yang di pengerusikan oleh YBhg. Dato? TKSU (Pengurusan) telah menyatakan sokongan terhadap program Promosi Parol dengan kerjasama  Telekom Malaysia dan TV Alhijrah. Program ini diadakan bertujuan untuk memberikan kefahaman yang lebih jelas kepada masyarakat dalam memahami sistem Parol dan Perkhidmatan Komuniti terhadap Orang DiParol (ODP).

Hasil perbincangan,  sebanyak 16 episod akan dirakamkan. Fasa pertama dijalankan pada 19 dan 20 Mac 2018 dengan rakaman bermula dengan 8 episod dengan penglibatan Y.A.B Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad  Zahid Hamidi, Ketua Pengarah Penjara Malaysia, Dato? Sri Haji Zulkifli bin Omar, Pengarah Parol dan Perkhidmatan Komuniti, KP Ibrisam bin Abdul Rahman, Timbalan Pengarah Penjara Negeri  dan juga Pegawai Parol daerah sebagai panel jemputan dalam program tersebut yang dikendalikan oleh Ustaz Farid Ravi bin Abdullah.

Selain itu juga, wakil Felcra Berhad juga dijemput sebagai panel pada program tersebut hasil sokongan pemulihan di luar tembok penjara melalui Program Corporate Smart Internship ( CSI- Parol).

Rakaman program bual bicara 16 siri berdurasi 30 minit mengupas pelaksanaan Sistem Parol, transisi pemulihan banduan di bawah parol, perkongsian pengalaman dan harapan ODP, mekanisme lapangan dan cabaran tugas Pegawai Parol, proses asimilasi ODP menerusi kesedaran bersama oleh keluarga, pemimpin tempatan dan majikan dalam membantu ODP untuk kembali ke pangkuan masyarakat.

Program ini akan bersiaran pada setiap Jumaat, jam 9.00 malam mulai 13 April 2018.

Program bual bicara ini merupakan kerjasama strategik antara Kementerian Dalam Negeri (KDN), Telekom Malaysia (TM) dan TV Al Hijrah.


""