| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Asean Prison Track and Field Championship Ke-20 Anjuran Deparment Of Correction, Thailand

11-16 Mac 2018 ? Jabatan Penjara Malaysia telah menghantar seramai 75 atlet dan pegawai untuk menyertai acara dwi-tahunan Asean Prison Track and Field Championship yang ke-20 anjuran Deparment Of Correction, Thailand di Stadium Tinsulanon, Songkhla. Kontingen Malaysia diketuai oleh Komisioner Haji Darussalam bin Budin, Pengarah Penjara Negeri Selangor.

APTFC merupakan satu kejohanan yang disertai oleh atlit-atlit dari institusi koreksional negara-negara Asean. Antara sukan yang dipertandingkan adalah seperti acara padang, balapan, tarik tali dan golf.

Pada kejohanan kali ini, kontinjen Penjara Malaysia telah berjaya merangkul 56 pingat seterusnya menjadi juara keseluruhan kejohanan tersebut. Tempat kedua dimenangi oleh Indonesia dan Thailand di tempat ketiga. Brunei Darul Salam dijangka akan menjadi hos APTFC ke-21 pada tahun 2020.


""