| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Pertandingan Kawad Kaki Penghuni Penjara Seremban

7 Mac 2018 (Rabu) - Unit Pemulihan dan Rawatan Penjara Seremban telah mengadakan Pertandingan Kawad Kaki Penghuni Penjara Seremban. Pertandingan tersebut disertai oleh penghuni yang sedang menjalani program Fasa 1 (Orientasi), melibatkan 144 orang penghuni termasuk juga penglibatan daripada Fasa 2 (Program Terapi Komuniti dan Halaqah) dan Fasa 3 (Kemahiran). Pertandingan kawad ini dinilai berdasarkan kepada 4 kategori iaitu pakaian, kerjasama, disiplin dan kreativiti pasukan. Majlis Penyampaian hadiah dan penutupan telah disempurnakan oleh PKP Muhammad Nazri Bin Nasrudin, Pengarah Penjara Seremban. Turut hadir bersama dalam majlis adalah PP Usman Bin Mala, Timb. Pengarah Penjara Seremban, PP Mohd Kolek Bin Mohamad Nor, Ketua Bhg. Pengurusan Banduan, Penjara Seremban dan TPP Abu Kasim Ashaari Bin Razali, Ketua Bhg. Keselamatan dan Inteligen, Penjara Seremban. Majlis tersebut dimeriahkan dengan persembahan nyanyian dan sketsa sempena mengingati Seniman Agung Tanahair, Allahyarham Tan Sri P Ramlee dengan tajuk ?Aci-Aci Buka Pintu?. Johan keseluruhan dirangkul oleh pasukan Program Fasa 3 (Kemahiran), Naib johan Program Fasa 2 (Halaqah), Tempat ketiga ialah Program Fasa 1 dan tempat keempat Program Fasa 2 (TC). Objektif program ini adalah untuk memupuk semangat kerjasama, membentuk disiplin, sikap dan akhlak yang positif di kalangan penghuni dalam proses pemulihan penghuni itu sendiri.


""