| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Pertandingan Kawad Berirama Peringkat Penghuni Wanita Kompleks Penjara Seberang Perai 2018

Pada 5 Mac 2018 ( Isnin ), berlangsungya Program Pertandingan Kawad Berirama Peringkat Penghuni Wanita Kompleks Penjara Seberang Perai bagi Tahun 2017 di Dewan Sukan Kompleks Penjara Seberang Perai. PKK Husin bin Hj. Johari, Pengarah Kompleks Penjara Seberang Perai diiringi bersama PP Hj. Abd Zaini bin Ibrahim dan kakitangan turut hadir bagi memberi sokongan dan dorongan dalam pertandingan tersebut.

Program dimulakan dengan persembahan tarian kebudayaan oleh penghuni wanita. Acara diteruskan dengan Pertandingan Kawad Berirama yang melibatkan ( 2 ) Kumpulan, iaitu Kumpulan Green Star dan Kumpulan Sapphire Diamond. Setiap kumpulan terdiri daripada 31 banduan sabitan dan reman yang berbilang bangsa. Kawad berirama ini menggabungkan pergerakkan kawad kaki dengan disertai pelbagai rentak irama dan lagu seperti joget,zapin serta muzik moden. Juri yang telah dilantik adalah SM Awang Amit bin Mohamed dan KPL 16440 Yusriwan bin Yusof. Penutupan program dimeriahkan lagi dengan gabungan koir ? Aku Negaraku? oleh banduan wanita.

Komitmen ,kerjasama dan latihan oleh setiap ahli kumpulan, mampu membina keyakinan diri dalam menjayakan acara ini.Selain itu sokongan daripada semua pihak juga memberi dorongan dalam menjayakan setiap program pemulihan yang dilaksanakan.


""