| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Kejohanan Sukan Sekolah Sekolah Menengah Agama JAIM (KESSUMA) Peringkat Negeri Melaka Tahun 2018

Pada 10 Mac 2018 (Sabtu) telah berlangsung Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah Menengah Agama JAIM Peringkat Negeri Melaka Tahun 2018. Kejohanan sukan diadakan di dua tempat iaitu Institut Latihan Perindustrian (ILP) Bukit Katil untuk pertandingan Sepak Takraw, manakala untuk pertandingan Bola Jaring dan Bola Tampar diadakan di Kolej Vokasional Bukit Katil. Ini merupakan penganjuran julung-julung kali diadakan yang telah disertai oleh 6 buah sekolah agama dibawah kendalian JAIM. Pihak Sekolah Agama JAIM Henry Gurney terlibat dengan 3 permainan iaitu Bola Jaring seramai 8 orang pelajar perempuan, Sepak Takraw seramai 4 orang pelajar lelaki, manakala permainan Bola Tampar melibatkan seramai 7 orang pelajar.


""