| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Pertandingan Sepak Takraw Peringkat Institusi Penjara Pusat Sibu

Pada 21.02.2018 dan 28.02.2018, telah berlangsungnya Pertandingan Sepak Takraw Peringkat Institusi Penjara Pusat Sibu yang disertai oleh empat pasukan yang dilangsungkan secara liga berkumpulan di Dewan Bandung, Sibu, Sarawak. Perlawanan akhir pertandingan tersebut telah dihadiri dan disaksikan oleh Pengarah Penjara Pusat Sibu, PKP Bismillah bin Abang Masra dan isteri. Kemenangan untuk pertandingan sepak takraw peringkat Penjara Pusat Sibu telah dimiliki oleh pasukan MAXIS selaku juara dan naib juara dari pasukan Tune Talk, manakala pasukan Digi dan Celcom berada di tempat ketiga bersama. Pertandingan sepak takraw tersebut diadakan bagi meingkatkan semangat kesukanan dan sebagai medium dalam mengeratkan hubungan silaturahim di antara semua kakitangan Penjara Pusat Sibu.


""