| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Lawatan Majlis Perbandaran Ampang Jaya Ke Unit Rawatan Dan Pemulihan Dadah, Penjara Kajang

Pada 21 Februari 2018 (Selasa), Unit Rawatan dan Pemulihan Dadah (RPD) telah menerima lawatan daripada Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Selangor. Lawatan ini terdiri dari 28 peserta dari Jabatan Undang-Undang, Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Selangor diiringi oleh PPP Arungunalan A/L Arumugam, KIP Badri Sham bin Ahmad dan IP Sohedi bin Ismail. Lawatan ini lebih memfokus peranan, fungsi, kaedah penguatkuasaan, perundangan dan program pemulihan dalam penjara. Para peserta telah diberikan taklimat dan dibawa melihat aktiviti program fasa I (Orientasi) di Padang Kawad dan  program fasa 2 serta 3 di Blok Cemerlang. Lawatan sebegini secara tidak langsung dapat memberi gambaran yang  jelas kepada  masyarakat tentang aktiviti pemulihan yang dijalankan di dalam tembok  penjara. Taklimat lawatan kepada peserta telah diadakan di Auditorium Seksyen Vokasional dan Industri.


""