| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Dialog Bulanan Bagi Bulan Februari 2018 SHG Telok Mas, Melaka

Dialog Bulanan bagi bulan Februari Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka telah diadakan pada 26 Februari 2018 (Isnin) bertempat di Dewan Seroja. Aturcara majlis telah dimulakan dengan penyampaian sumbangan dari Kelab Sukan Kebajikan Kakitangan SHG Telok Mas kepada anak-anak kakitangan yang cemerlang dalam peperiksaan UPKK 2017, kakitangan yang baru mendirikan rumah tangga, kakitangan yang mendapat cahaya mata, kakitangan yang memberikan sumbangan dalam acara sukan dan tilawah serta bantuan kakitangan masuk wad. Majlis turut menyaksikan Pelancaran Logo dan Jersey baru Pasukan Bolasepak ?Henry Gurney FC? yang akan  menyertai Liga Divisyen 3 Persatuan Bolasepak Negeri Melaka. Majlis telah disempurnakan oleh PKP Abd Rahman bin Taib, Pengarah SHG Telok Mas Melaka.


""