| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Majlis Penutupan Dan Penyampaian Hadiah Sukan Penghuni Penjara Pokok Sena 2018

Pada 15 Mei 2018 (Selasa) bertempat di Padang Bola Sepak Penghuni Penjara, Unit Pemulihan dan Rawatan telah menganjurkan Majlis Penutupan Dan Penyampaian Hadiah Sukan Penghuni Penjara Pokok Sena 2018. Majlis ini telah disempurnakan perasmiannya oleh TKP Shukri Bin Saad, Pengarah Penjara Pokok Sena.  Acara sukan penghuni ini telah bermula pada 25 Mac 2018. Sebanyak 08 acara telah di pertandingkan seperti Acara bina badan, dam aji, catur, bola sepak, gusti lengan, karom, batu seremban dan congkak.


""