| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Malam Jasamu Dikenang Dan Anugerah Anak Cemerlang Zon Utara 1 Tahun 2018

Kelolaan Penjara Negeri Pulau Pinang pada 4 Mei 2018(Jumaat) bermula jam 8.00 malam  berlangsung di Paya Serai Banquet Hall, Institut Latihan Kecemerlangan MARA, Sungai Jawi, Seberang Perai Selatan.

Majlis diseri dengan kehadiran YBhg. KJP Dato' Sri Hj Zulkifli bin Omar Ketua Pengarah Penjara Malaysia dan isteri YBhg. Datin Sri Noraini bt Haji Man,              Yang DiPertua PERSIAP Malaysia; YBhg TKJP Dato' Alzafry Mohamad Alnassif bin Mohamed Adahan, Timbalan Ketua Pengarah Penjara (Keselamatan dan Koreksional) dan YBhg Datin; YDH TKP Ariffin bin Mohd Nor; Pengerusi POA YDH TKP Roslan bin Mohamed Pengarah Penjara Negeri Pulau Pinang dan isteri, YDH KP Ibrisam bin Abd Rahman, Pengarah Parol dan Perkhidmatan Komuniti; YBhg KP Dato' Mohd Zawawi b Ab Rahim, Pengarah ITOP serta PKK Adnan Atan, Timbalan Pengarah BPP, dan semua Ketua Ketua Institusi Zon Utara 1.

Dalam majlis ini seramai (49) pesara dan pasangan serta bakal pesara bagi              Zon Utara 1 tahun 2018 hadir dirai serta disantuni sebaiknya bagi menghargai sebuah perjuangan panjang yang bercampur keringat dan airmata. Satu majlis yang tidak mampu untuk membalas segala sumbangan mereka pada Jabatan dan Negara, namun Jabatan Penjara tetap memanjangkan rasa terima kasih dan penghargaan kepada semua veteran-veteran Jabatan.

Bagi pesara yang berkhidmat 35 tahun dan keatas, satu insentif khas dari POA telah diberikan kepada mereka. Majlis juga turut menghargai anak anak cemerlang dalam setiap peperiksaan. Seramai 52 anak cemerlang kakitangan Jabatan Penjara Zon Utara 1 turut dirai dan diberi penghargaan khas.

Semoga majlis ini meninggalkan nostalgia dan kenangan manis pada mereka semua.Selamat Bersara kepada mereka, semoga langkah langkah mereka dan kita semua sentiasa dilindungi dan diberkati Allah SWT jua, diberi kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan.Pengarah dan warga kerja Penjara Negeri Pulau Pinang mengucapkan Selamat Bersara dan Selamat Maju Jaya. Terima kasih.


""