| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Sukan Tahunan Penghuni Sekolah Henry Gurney Puncak Borneo Kuching

Pada 26/04/2018 dan 27/04/2018 buat julung kalinya Sukan Tahunan Penghuni Sekolah Henry Gurney (SHG) diadakan bertempat di Padang SHG Puncak Borneo Kuching.  Seramai 108 orang penghuni SHG dan 7 orang pelajar Sekolah Intergriti Kuching telah teribat dalam kejohanan tersebut. Penghuni telah dibahagikan kepada 6 pasukan iaitu pasukan Rentap, Rosli Dhobi, Kanang, Sharif Manshor, Linggi dan James Brooke. Beberapa acara balapan dan padang telah dipertandingkan antaranya 100 meter, 200 meter, 400 meter, 800 meter, 4x100 meter, 4x400 meter, lontar peluru, lompat jauh dan sukaneka. Pada kejohanan kali ini pasukan Sharif Manshor telah menjadi johan, pasukan Rentap Naib Johan dan pasukan Rosli Dhobi tempat ketiga.

Majlis Perasmian Penutupan telah dirasmikan oleh TKP Ajidin Bin Haji Salleh, Pengarah Penjara Negeri Sarawak. Turut hadir pada Majlis Penutupan tersebut ialah PKP Hamdan Salleh Bin Majin, Pengarah Penjara Puncak Borneo Kuching, Cikgu Gloria Nyaun Penyelia Sekolah Henry Gurney Puncak Borneo Kuching, Cikgu Hazanreah Hassan Penyelia Sekolah Intergriti Kuching, Guru-Guru Sekolah Henry Gurney dan Sekolah Intergriti Kuching serta kakitangan. Dalam ucapan perasmian penutupan tersebut TKP Ajidin Bin Haji Salleh telah menyeru agar semua penghuni SHG Puncak Borneo Kuching mengambil peluang untuk terus melibatkan diri dalam apa jua program yang dirancang oleh jabatan serta dapat menjadi pemangkin untuk membina keyakinan diri dan berubah menjadi insan yang cemerlang apabila bebas kelak.


""