| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Halatuju Dan Kerjaya Bersama Orang Diselia Di Pusat Pemulihan Pemasyarakatan  Kem Mahkota Kluang, Johor (PPP)

Pada 09 April 2018 (Isnin), PPP Kem Mahkota telah mengadakan Program Halatuju dan Kerjaya Bersama Orang Diselia (ODS) di Dewan 1Malaysia PPP Kem Mahkota, Kluang, Johor anjuran Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara Negeri Johor (LPPKN).

Tujuan program ini diadakan adalah memberi panduan dalam mengenalpasti kerjaya bila ODS bebas melalui ujian psikologi kerjaya. Program ini dikendalikan oleh  Pn. Siti Hasmah bt. Marikom, bersama 5 kakitangan LPPKN Negeri Johor disertai oleh 33 ODS dan 3 anggota Penjara.


""