| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan Kerja Timbalan Menteri Dalam Negeri Ke Kompleks Penjara Kota Kinabalu,Sabah

Pada 17 November 2018 (Sabtu), jam 2.00 petang, YB Datuk Mohd Azis Bin Hj.Jamman, Timbalan Menteri Dalam Negeri, telah mengadakan lawatan kerja ke Kompleks Penjara Kota Kinabalu. Ketibaan beliau di Pejabat Pengarah Penjara Negeri Sabah & W.P Labuan disambut dengan Kawalan Kehormatan dan pegawai-pegawai kanan Institusi Penjara Negeri Sabah & W.P Labuan. Hadir bersama dalam lawatan kerja beliau ialah YBhg. Dato? Hj Dusuki Bin Ya?acob, Setiausaha Bahagian Pembangunan KDN, YBhg. Dato? Muhamad Sade Bin Mohamad Amin, Setiausaha Bahagian Kepenjaraan, Antidadah & Rela KDN, YBhg. TKJP Dato? Alzafry Mohamed Alnassif Bin Mohamed Adahan, Timbalan Ketua Pengarah Penjara  (Keselamatan & Koreksional) dan YDH Haji Suria Bin Haji Idris, Pengarah Penjara Negeri Sabah & W.P Labuan. Timbalan Menteri Dalam Negeri telah diberikan taklimat ringkas oleh Pengarah Penjara Negeri Sabah & W.P Labuan sebelum beliau membuat lawatan kerja di Institusi Penjara Pusat Kota Kinabalu.


""