| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Perbarisan Bulan November 2018 Pusat Koreksional Jasin Melaka

Pada 13 November 2018 (Rabu) telah berlangsung Majlis Perbarisan Bulanan Pusat Koreksional Jasin bagi bulan November tahun 2018. Perbarisan tersebut telah diadakan di Tapak Parkir Kenderaan Kakitangan yang terdiri daripada 15 Pegawai Kanan, 40 Anggota Lain-lain Pangkat dan 10 Kakitangan Awam diketuai oleh KIP Ibrahim Bin Ismail dan dibantu oleh SM Mohd Noor Bin Ahmad.

Perbarisan yang dihadiri oleh PKP Noratimah Binti Abu Bakar, Pengarah Pusat Koreksional Jasin, Melaka turut meraikan KIP Abdul Haiyy Bin Abd Ghous yang menerima kenaikan pangkat. Turut diraikan adalah sumbangan Persatuan Pegawai Penjara kepada Sarjan Penjara 7717 Mohd Daud Bin M.Sikh serta penyerahan Sijil Penghargaan daripada Pengarah Penjara Negeri Melaka kepada jawatankuasa bertugas di Persidangan APCCA yang telah diadakan di Negeri Melaka pada 3 hingga 7 September 2018.


""