| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Jalinan Kasih Sempena Deepavali Peringkat Penghuni Penjara Sungai Udang, Melaka

Sempena Sambutan Hari Deepavali yang telah disambut pada 06.11.2018 yang lepas, Penjara Sungai Udang, Melaka telah mengadakan Program Jalinan Kasih Sempena Deepavali Peringkat Penghuni Penghuni Penjara Sungai Udang, Melaka pada 16.11.2018 (Jumaat) bertempat di Dataran Klinik Penjara. Seramai 25 banduan beragama hindu telah berpeluang untuk berjumpa dengan keluarga secara bersemuka. Majlis ini telah disempurnakan oleh YBhg. YB Prof. Madya Rusnah binti Aluai, Ahli Parlimen Tangga Batu, Melaka. Turut hadir bersama memeriahkan dalam program tersebut adalah YBhg. KP Datuk Abdul Aziz bin Mohammed, Pengarah Penjara Negeri Melaka, YDH TKP Noor Aziz bin Muhammad Noor, Pengarah Penjara Sungai Udang, Encik Gopal Warma dari ?Public Genvien Managemant?(PGM), wakil dari NGO-NGO, Timbalan-timbalan Penguasa serta ahli keluarga. Dalam majlis tersebut sumbangan juga telah diterima dari Ahli Parlimen Tangga Batu, ?Public Genvien Management? (PGM) dan Persatuan Buddha kepada Pengarah Penjara Sungai Udang, Melaka.


""