| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Bengkel Pengurusan Jenazah 2018 Peringkat Penghuni Pusat Koreksional Kamunting

KAMUNTING, 15 NOVEMBER 2018 (KHAMIS) bersamaan 7 RABI?ULAWWAL 1440, Unit Agama Pusat Koreksional Kamunting telah menganjurkan Bengkel Pengurusan Jenazah Peringkat Penghuni Pusat Koreksional Kamunting bagi sesi 2018. Program ini telah diserikan dengan kehadiran Ketua Bahagian Pemulihan, Penguasa Penjara Mohd Radzun Bin Othman mewakili pengarah Pusat Koreksional Kamunting serta tetamu-tetamu jemputan yang terdiri daripada pegawai-pegawai kanan anggota penjara dan awam. Seramai 92 orang banduan telah terpilih untuk menyertai bengkel ini yang terdiri daripada 3 blok iaitu Blok Fajar, Blok Lestari dan Blok Kekal. Program dimulakan dengan ucapan perasmian Penguasa Penjara Mohd Radzun Bin Othman dan diteruskan dengan slot teori memandikan dan mengkafankan jenazah yang telah disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Ustaz Abdul Raqib Bin Mohd Yusuf yang merupakan Pegawai Agama Penjara Taiping. Slot praktikal bersambung selepas rehat yang memperlihatkan cara memandikan dan mengkafankan jenazah. Bengkel ini bermula pada jam 9 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengah hari.


""