| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Program ?Kick Start Borstal 3.0? Kembara Bermotosikal Telok Mas, Melaka Ke Kampung Janda Baik Pahang

Pada 10 hingga 12 November 2018 Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka telah mengadakan Program Kick Start Borstal 3.0 Kembara Bermotosikal ke Kampung Janda Baik Pahang. Perjalanan bermotosikal sejauh 345 KM ini benar-benar mencabar kekuatan minda, fizikal dan mental (56) peserta yang terdiri daripada kakitangan Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka, Penjara Dusun Dato Murad, Pusat Koreksional Jasin dan ahli EXPOAM Negeri Melaka. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang program 3 hari 2 malam antaranya Program Khidmat Bakti Masyarakat, gotong-royong membersihkan kawasan peranginan dan masjid bersama-sama AJK Masjid Sultan Abu Bakar Kampung Janda Baik, Pahang.

Turut hadir menjayakan program En. Abd Lasim bin Abdullah Penolong Pengarah Jabatan Keselamatan Jalanraya (JKJR) Negeri Melaka. Beliau telah menyampaikan sumbangan topi keledar dan jaket keselamatan disamping memberikan mesej keselamatan pemanduan berhemah. Pelancaran program ini telah disempurnakan oleh PKP Abd Rahman Bin Taib, Pengarah Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka.


""