| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Sesi Perjumpaan Pasukan Petanque Penjara Negeri Sarawak Bersama Pengarah Penjara Negeri Sarawak

Pada 17 Oktober 2018 (Rabu), satu Sesi Perjumpaan Pasukan Petanque Penjara Negeri Sarawak bersama Pengarah Penjara Negeri Sarawak, TKP Haji Ajidin Bin Haji Salleh telah diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat Kenyalang, Pejabat Pengarah Penjara Negeri Sarawak pada jam 10.00 pagi. Pasukan Sarawak terdiri daripada 21 orang pemain yang diketuai oleh PKP Teyun Thian Eim, selaku Pengurus Pasukan dan dibantu oleh KIP Yakuf bin Rie. Sesi perjumpaan turut dihadiri oleh PKK Fathi bin Mursidi, Timbalan Pengarah Penjara Negeri Sarawak, PP Supian bin Kamarudin, Penyelaras Kejohanan Petanque Jabatan Penjara Malaysia Tahun 2018 dan KIP Badiozaman bin Aden, Setiausaha Kehormat Kelab Sukan Penjara Sarawak.


""