| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Program Kesedaran Bahaya Dadah Peringkat Penghuni Penjara Wanita Kota Kinabalu

24/10/2018 (Rabu) Program Kesedaran Bahaya Dadah Peringkat Penghuni Penjara Wanita Kota Kinabalu telah berjalan dengan lancar dengan anjuran Unit Pengurusan Psikologi dengan Kerjasama Unit Pemulihan dan Pendidikan. Program ini melibatkan seramai 70 orang banduan yang terdiri daripada kesalahan dadah. Slot pertama program melibatkan perkongsian daripada penceramah daripada Agensi Anti Dadah Kebangsaan iaitu Puan Edith. Slot kedua pula disampaikan oleh Tuan Jul Basri Juani yang merupakan pegawai psikologi Penjara Pusat Kota Kinabalu dengan pengisian bersifat motivasi diri. Program ini merupakan siri yang kedua untuk tahun 2018 dan mendukung objektif di mana program ini dilaksanakan bagi membantu banduan mendapat ilmu mengenai penagihan yang mereka alami dan mendorong mereka untuk mengorak langkah kepada perubahan yang lebih baik.


""