| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Karnival Sukan Peringkat Penghuni Penjara Marang, Terengganu  Bagi Tahun 2018

Pada 18 Oktober 2018 (Khamis), Penjara Marang Terengganu telah mengadakan Program Karnival Sukan Peringkat Penghuni bagi tahun 2018. Majlis Perasmian Penutupan telah disempurnakan oleh PKK Wan Sani bin Ab Latiff, Pengarah Penjara Marang, Terengganu. Turut hadir memeriahkan majlis ialah TPP Norimi bin Ibrahim @ Mat Noor bersama PPP Roslan bin Mohamed. Program ini telah melibatkan 1,500 orang penghuni bersama kakitangan daripada Unit Pemulihan Dan Rawatan Penjara Marang.

Program ini telah berlangsung selama 5 hari berturut-turut bermula pada 14 Oktober 2018 yang lalu melibatkan penyertaan dari penghuni Zon 1 dan 3 merangkumi permainan catur, ping-pong, bola tampar dan bola sepak. Acara ini berjalan dengan jayanya bagi memupuk semangat kerja berpasukan di antara kakitangan dalam mewujudkan gaya hidup yang sihat dikalangan penghuni.


""