| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Program Solat Hajat dan Restu Ilmu Pelajar SPM Tahun 2018 SHG Telok Mas Melaka

Pada 20 Oktober 2018 Institusi Sekolah Henry Gurney Melaka telah mengadakan Program Restu Ilmu dan Solat Hajat untuk calon-calon SPM 2018. Program ini diadakan bertujuan memberikan motivasi kepada penghuni yang akan menduduki peperiksaan SPM pada tahun ini.Majlis dimulakan dengan Solat Taubat, Solat Hajat dan Solat Dhuha yang diimamkan oleh Imam Besar Masjid Selat Melaka. Dalam program ini keluarga dan ibubapa penghuni turut bersama-sama menunaikan solat hajat tersebut. Turut diadakan ceramah motivasi oleh En. Mohd Rizan Bin Hassan, Ketua Penerangan Majlis Belia Malaysia. Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh YB Tuan Effandi Bin Ahmad Exco Pendidikan, Sains dan Teknologi Teknologi Hijau dan Inovasi merangkap ADUN Telok Mas. Turut hadir En. Mohd Azhan Bin Anuar, Ketua Sektor Pendidikan Ibu Pejabat Jabatan Penjara Malaysia.

Kemuncak acara ialah Ikrar Pendidik dan restu ilmu dari para guru akademik yang sememangnya mengharapkan segala pengorbanan dan ilmu yang diberikan dibalas dengan pencapaian keputusan yang lebih cemerlang pada tahun ini. Ikrar guru diketuai oleh En Othman bin Markom Penyelia Akademik. Majlis diakhiri dengan perjumpaan ibu bapa pelajar bersama guru-guru untuk menandatangani buku pencapaian akademik anak-anak mereka sepanjang tahun 2018.


""