| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan Metro KL Rotary Club Dan Music Teacher Training College (MMTC) ke SHG Telok Mas, Melaka

Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka telah menerima lawatan dari Metro KL Rotary Club dan Music Teacher Training College (MMTC) pada 23 Oktober 2018. Lawatan ini diadakan bertujuan untuk merangka kerjasama dua hala antara Jabatan Penjara Malaysia dan Kelab Rotary Metro KL. Delegasi lawatan turut dibawa menyaksikan persembahan pelajar dan kakitangan yang berbentuk kombo, mini orkestra (Brass-Band), nyanyian dan persembahan instrument muzik untuk dinilai keupayaan dan bakat pelajar-pelajar dalam bidang muzik. Lawatan turut dihadiri TKP Mat Rasid Bin Jahlil, Penolong Pengarah Kanan Seksyen Pemulihan dan Pendidikan Ibu Pejabat Penjara Malaysia, PKP Abd Rahman Bin Taib, Pengarah Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka serta para pegawai kanan institusi.


""