| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Lawatan Jabatan Penerangan Malaysia Daerah Timur Laut Sempena  Program Kembara Minda Kelab Malaysiaku Daerah Timur Laut

Pada 24 Oktober 2018 (Rabu) jam 9.30 pagi pihak institusi Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang telah menerima kunjungan lawatan Jabatan Penerangan Malaysia Daerah Timur Laut Sempena  Program Kembara Minda Kelab Malaysiaku Daerah Timur Laut seramai (85) orang terdiri daripada (70) orang pelajar mewakili (7) buah sekolah menengah bersama guru pengiring serta pegawai Pejabat Penerangan Daerah Timur Laut. Tujuan lawatan adalah bagi memberi pembelajaran, kesedaran dan pengajaran kepada pelajar terutama berkaitan dengan isu-isu jenayah dan keselamatan dalam negara agar pelajar-pelajar tidak terjebak dalam gejala sosial yang tidak berfaedah. Taklimat dan penerangan mengenai Penjara Seberang Perai telah disampaikan oleh IP Mohd Azanil bin Shafiei dan KPL 10317 Azman bin Ahmad. Pihak Jabatan Penerangan Malaysia Daerah Timur Laut menyifatkan kunjungan hormat ini sebagai penuh bermakna dan berharap dapat berkerjasama dengan lebih akrab dimasa akan datang.


""