| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Pelancaran Eksa Peringkat Pusat Koreksional Puncak Alam

09 Oktober 2018 (Selasa) ? Pelancaran Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) peringkat Pusat Koreksional Puncak Alam yang melibatkan Jawatankuasa Induk dan Ketua-Ketua Zon EKSA di Bilik Mesyuarat As-Syafie Pusat Koreksional Puncak Alam berjalan dengan jayanya. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh PKP Amer Shariffudin Bin Mat Noor Pengarah Pusat Koreksional Puncak Alam.

Aturcara majlis telah dimulakan dengan bacaan Surah Yassin  yang dipimpin oleh Ustaz Muhammad Ilyas Bin Muhammad Khairi.

PKP Amer Shariffudin dalam ucapan beliau berkata, amalan penjenamaan semula 5S ke EKSA di sektor awam ini dapat mewujudkan persekitaran yang kondusif, meningkatkan imej korporat, menyemarakkan aktiviti kreativiti inovasi kakitangan disamping mewujudkan persekitaran hijau melalui pembudayaan hijau dan mesra pelanggan. Beliau juga menyeru jawatankuasa induk dan ketua-ketua zon yang dilantik menjalankan tugas sehingga institusi ini mendapat persijilan daripada pihak MAMPU.

Beliau merasmikan pelancaran tersebut dengan mendatangani Polisi EKSA dan penyerahan dokumen kepada dua zon yang terpilih bagi mendapatkan persijilan daripada pihak MAMPU.




""