| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Hari Sukan Negara Peringkat Penghuni Penjara Reman Pulau Pinang

Pada 16hb Oktober 2018 (Selasa) Jam lebih kurang 0830H Unit Pemulihan dan Rawatan (PPI) Penjara Reman Pulau Pinang telah mengadakan Program Hari Sukan Negara (Peringkat Penghuni) Bagi Tahun 2018 bertempat di Padang Unit PPI, Penjara Reman Pulau Pinang. Program ini berlangsung selama (03) hari bermula dari 16hb Okt 2018 sehingga 18hb Okt 2018. Program ini melibatkan Banduan Sabitan dan Bukan Sabitan Penjara Reman Pulau Pinang.

Sepanjang (03) hari, acara sukan yang dipertandingkan adalah Bola Sepak, Sepak Takraw, Ping Pong dan Sukaneka. Program ini dimulakan dengan nyanian lagu Negaraku, lagu Negeri Pulau Pinang, Bacaan Doa dan Ikrar Penghuni. Kemudian satu upacara perasmian telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Penjara Reman Pulau Pinang, PP Mohd Suhairi bin Awang pada 16hb Okt 2018 jam lebih kurang 0915H. Selepas itu, acara pertandingan bola sepak dimulakan setelah gimik perasmian pertandingan bola sepak disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Penjara Reman Pulau Pinang.

Acara pertandingan sepak takraw, ping pong dan sukaneka dilangsungkan pada 17hb Okt 2018 (Rabu).  Pada 18hb Okt 2018 (Khamis), berlangsunglah pertandingan separuh akhir dan pertandingan akhir bola sepak dengan disaksikan oleh Pengarah Penjara Reman Pulau Pinang. Upacara penyampaian hadiah dan piala kepada pemenang disempurnakan oleh Pengarah Penjara Reman Pulau Pinang. Program ini berakhir dengan sempurna selepas ucapan penutupan oleh Pengarah Penjara Reman Pulau Pinang.


""