| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan Mesra Puspanita Daerah Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang Ke Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang

Pada 18 Oktober 2018 (Rabu) jam 10.00 pagi pihak institusi Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang telah menerima kunjungan lawatan mesra daripada (25) orang ahli PUSPANITA Daerah Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang yang di ketuai oleh Puan Zaiwani binti Mohd Zaki, Pengerusi PUSPANITA Daerah Seberang Perai Tengah. Tujuan lawatan adalah bagi mengeratkan hubungan silaturrahim diantara ahli PUSPANITA Daerah Seberang Perai Tengah bersama Ahli PERSIAP, Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang. Beliau bersama-sama ahli PUSPANITA telah disambut oleh PKK Husin bin Hj. Johari, Pengarah Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang, Puan Wan Norliza binti Pawan Chik, Pengerusi PERSIAP, Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang, PPP Che Jamilah binti Razak, KIP Zarini binti Mohd Noor dan KIP Nur Ilmi binti Othman. Taklimat dan penerangan mengenai Penjara Seberang Perai telah disampaikan oleh KIP Nur Ilmi binti Othman dan diteruskan dengan sesi lawatan ke Bengkel Katering Wanita, tempat lawatan keluarga penghuni serta diakhiri dengan lawatan ke Unit Vokasional dan Industri. Pihak PUSPANITA Daerah Seberang Perai Tengah menyifatkan kunjungan hormat ini sebagai penuh bermakna dan berharap dapat berkerjasama dengan lebih akrab dimasa akan datang bersama dengan ahli PERSIAP dan Jabatan Penjara Malaysia.



""