| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Hari Sukan Negara Peringkat Kakitangan

Program Hari Sukan Negara Peringkat Penjara Limbang telah diadakan pada 13 Oktober 2018 (Sabtu) bertempat di Dataran Surau Asma? Ul-Husna, Penjara Limbang. Program tersebut telah dihadiri oleh seramai 113 orang kakitangan beserta keluarga telah dimulakan pada seawal jam 7.00 pagi dan tamat pada jam 2.00 petang. Antara pengisian program Hari Sukan Negara yang telah dijalankan untuk kakitangan serta keluarga adalah Senamrobik, Walkathon Mengelilingi Kawasan Penjara, Pertandingan Futsal Lelaki dan Wanita dan Pertandingan Bola Sepak. Program Hari Sukan Negara ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Penjara Limbang, PP Hamad Bin Seman. Matlamat utama program ini diadakan adalah untuk menyahut seruan negara iaitu menggalakkan serta membudayakan gaya hidup sihat dan cergas di kalangan penjawat awam.


""