| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Program Mesej Dari Penjara Bersama Kolej Komuniti Jasin Di Penjara Dusun Dato? Murad

11 Oktober 2018 (Khamis) : Kolej Komuniti Jasin, Melaka telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Penjara Dusun Dato? Murad. Program yang berlangsung selama satu hari itu melibatkan seramai 47 orang pelajar dan 3 orang tenaga pengajar itu telah dikendalikan oleh Tuan Haji Nor Azlan Bin Sarmudan selaku Pegawai Psikologi Penjara Dusun Dato? Murad, Unit PPI dan juga Unit Agro. Program dimulakan dengan taklimat berkaitan Penjara Dusun Dato? Murad, sesi ?Mesej Dari Penjara? yang melibatkan seramai 4 orang penghuni dan lawatan ke sekitar kawasan agro. Acara penutupan program dan telah disempurnakan oleh TPP Shamsul Izak Bin Samli selaku Timbalan Pengarah (Keselamatan) Penjara Dusun Dato? Murad.


""