| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Penghuni Projek Henry Terima Insentif Dari Kerajaan Negeri Melaka

Peserta Projek Henry Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka telah menerima Insentif dari Kerajaan Negeri Melaka sempena Majlis Penyampaian Hadiah Insentif Kepada Pemenang-Pemenang dalam SUKMA Ke-19 Tahun 2018 di Dewan Seri Bendahara Melaka. Atlet Projek Henry yang mewakili Negeri Melaka dalam acara tinju telah memenangi pingat emas dalam kategori 91 kg serta pingat gangsa dalam kategori 81kg dan 64 kg. Insentif berupa wang tunai berjumlah RM5,000 bagi pemenang pingat emas dan RM1,500 bagi pemenang pingat gangsa telah disampaikan oleh Ketua Menteri Melaka. Turut hadir menjayakan majlis ini Yang Berusaha Komisioner Penjara Abdul Aziz Bin Mohamad, Pengarah Penjara Negeri Melaka dan PKP Abd Rahman Bin Taib, Pengarah Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka.


""