| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Ceramah Maal Hijrah 1440H Peringkat Penghuni Penjara Kajang 2018

Pada 20 September 2018 (Khamis) bersamaan 10 Muharram 1440H, Unit Agama Islam telah mengadakan Program Ceramah Maal Hijrah 1440 Peringkat Penghuni Penjara Kajang 2018. Majlis ini telah diadakan di Surau At-Taqwa Penjara Kajang. Program dimulakan dengan ceramah Maal Hijrah yang bertajuk ?Taubat Seorang Hamba?, telah disampaikan oleh Ustaz Wan Abdul Halim Bin Mohd Yusof. Majlis kemudian diteruskan dengan persembahan nasyid daripada penghuni. Program ini turut dihadiri IP Muhamad Kamil Bin Muhamed Silah (unit PPI) serta kakitangan Unit Agama institusi. Seramai 300 penghuni telah terlibat dengan majlis ilmu ini yang mana secara tidak langsung mampu membentuk penghuni menjadi muslim yang lebih berkualiti demi agama, masyarakat dan negara.


""