| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

On Job Training Modul Rawatan Pemulihan Dadah Hunt Zon Penjara Sabah Dan Wilayah Persekutuan Labuan

Pada 18 hingga 21 September 2010 bertempat di Bilik Mesyuarat Pusat Koreksional Labuan telah berlangsung On Job Training Modul Rawatan Pemulihan Dadah HUNT Zon Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan melibatkan 30 orang pegawai yang terdiri daripada pegawai-pegawai lepasan SPADA institusi Penjara Negeri Sabah sebagai Fasilitator dan pegawai-pegawai Unit Pemulihan dan Rawatan Pusat Koreksional Labuan.

On Job Training Modul Rawatan Pemulihan Dadah HUNT tersebut terdiri daripada 12 Slot dan 17 Modul Sesi termasuk Slot 3 iaitu Dialog Bahagian Pengurusan Banduan Ibu Pejabat Penjara Malaysia yang dihadiri oleh Timbalan Komisioner Penjara, Zainah binti Pardi, Timbalan Pengarah Pengurusan Banduan (Seksyen Rawatan dan Layanan), Ibu Pejabat Penjara Malaysia dan Timbalan Komisioner Penjara, Haji Suria bin Haji Idris, Pengarah Penjara Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan pada 18 September 2018 jam 02.30 Petang.

On Job Training tersebut diakhiri dengan Majlis Penutupan pada 21 September 2018 dengan penyampaian Sijil Penghargaan kepada para fasilitator dan peserta yang telah disempurnakan oleh Penolong Komisioner Penjara, Abd Rauf bin Lang Pasih, Pengarah Pusat Koreksional Labuan.


""