| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Penyampaian Hadiah Dan Penutupan Sukan Banduan Zon Gemilang Penjara Pusat Kota Kinabalu 2018

Pada 20hb September 2018 (Khamis) - Unit Pemulihan dan Rawatan Penjara Pusat Kota Kinabalu telah mengadakan Majlis Penyampaian Hadiah dan Penutupan Sukan kepada para pemenang bagi zon Gemilang. Sukan ini bermula dari 03hb September dan berakhir pada 14hb September 2018. Majlis dimulakan dengan ucapan perasmian dan penutupan oleh PP Kalbin Hj. Mohd Said, Timbalan Pengarah Penjara Pusat Kota Kinabalu. Turut hadir, Guru-guru SIKK, pegawai pemulihan dan kakitangan Penjara Pusat Kota Kinabalu seterusnya, penyampaian hadiah kepada para pemenang dan diikuti dengan persembahan penghuni. Objektif sukan ini adalah untuk mencungkil bakat terpendam dikalangan penghuni disamping menerapkan amalan gaya hidup sihat, menghargai diri, berdisplin dan lebih bertanggungjawab.


""