| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Parol Negeri Sembilan Juara Pertandingan Tenpin Bowling Tertutup Parol Jabatan Penjara Malaysia Anjuran Parol Negeri Selangor

Pada 07hb Ogos 2010 ( Sabtu ) bertempat di Ampang SuperBowl Metro Point Kajang telah berlangsung Pertandingan Tenpin Bowling Tertutup bagi Parol Malaysia. Peserta-peserta dalam pertandingan ini terdiri dari pegawai-pegawai Parol dari seluruh Malaysia termasuk pasukan dari Sabah, kecuali Parol dari Negeri Sarawak dan Perlis. Seramai 89 orang peserta telah menyertai pertandingan ini yang dibahagi kepada dua kategori iaitu kategori individu dan berpasukan.

Didalam kategori individu telah dimenangi oleh Wadar Penjara Roselan bin Zaman dari Parol Negeri Selangor dengan keseluruhan 713 jatuhan pin dalam 4 permainan serta memenangi kategori jatuhan pin tertinggi dengan 239 jatuhan pin. Bagi kategori berkumpulan telah dimenangi oleh Parol Negeri Sembilan dengan keseluruhan 3499 jatuhan pin ( 6 pemain ).

Majlis penutupan dan penyampaian hadiah bagi pemenang-pemenang telah disampaikan oleh Yang Setia TKpj Abdul Aziz bin Mohamad Pengarah Parol Penjara Malaysia.