| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Program Sambutan Bulan Kemerdekaan Ke-61 Peringkat Penghuni Penjara Wanita Kota Kinabalu

7 September 2018 (Jumaat) ? Unit Pemulihan Penjara Wanita Kota Kinabalu telah mengadakan Program Sambutan Bulan Kemerdekaan Ke-61 Peringkat Penghuni bertempat di Dewan Rafflesia Sekolah Integriti Wanita Kota Kinabalu. Seramai 94 orang penghuni terlibat dalam program ini yang terdiri daripada banduan sabitan, banduan reman serta banduan muda (SIWKK). Program ini diserikan lagi dengan kehadiran YBhg. Datuk Katherine Lee Mei Oi Pengerusi Lembaga Hakim Pelawat, PKP Lim Kim Mooi Pengarah Penjara Wanita Kota Kinabalu serta para jemputan daripada Prison Fellowship, Persatuan Buddha (BLIA), serta wakil daripada Malaysia Music Teachers Training College (MMTC). Objektif utama program ini adalah bagi menyemai semangat patriotik dan cintakan negara serta mengeratkan lagi silaturahim di kalangan penghuni. Antara aktiviti yang diadakan adalah pertandingan nyanyian (kategori etnik dan bebas), persembahan drama terbaik, serta mendeklamasi sajak daripada penghuni.
""