| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Perbarisan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Melaka 2018 Di Dataran Bangunan Memorial Kemerdekaan, Melaka

Tanggal 31 Ogos 2018 (Jumaat) telah diadakan Sambutan Hari Kebangsaan  Peringkat Negeri Melaka bagi tahun 2018. Sambutan Hari Kebangsaan telah dihadiri oleh TYT Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Datuk Seri Utama  Dr. Mohd Khalil bin Yaakob, YAB Tuan Haji Adly bin Zahari  Ketua Menteri Melaka, Exco-exco Kerajaan Negeri Melaka, Ketua ? ketua Jabatan Peringkat Persekutuan dan Negeri. Sebelum perarakan masuk kontingen, tetamu kehormat serta pengunjung telah dipersembahkan dengan tarian kebudayaan dari pelbagai kaum di Malaysia. Lebih dari 150 kontingen telah menyertai perbarisan ini dengan penglibatan lebih dari 10,000 peserta dari kontingen yang telah mengambil bahagian dalam perbarisan pada tahun ini yang terdiri dari agensi kerajaan, swasta, pertubuhan dan sebagainya. Kontingen Penjara Negeri Melaka telah diketuai oleh KIP Norfazleen binti Ahmad Dugel dengan kekuatan seramai 45 anggota pelbagai pangkat  dari seluruh Institusi Penjara Negeri Melaka. Kontingen perbarisan perlu berkawad bermula dari Dataran Pahlawan sehingga Stadium Hang Tuah.
""