| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Ibadah Qurban Peringkat Orang Diselia Di Program Reintegrasi Penghuni Kem Mahkota Kluang, Johor (PRP)

Pada 24 Ogos 2018 (Jumaat) bersamaan 12 Zulhijjah 1439H. Program Reintegrasi Penghuni (PRP) Kem Mahkota Kluang Johor telah mengadakan Program Ibadah Korban  Orang Diselia (ODS) sempena sambutan Aidiladha 2018/1439H. Sebanyak empat ekor lembu  dikorbankan  oleh 28 ODS yang telah menyertai Program Ibadah Korban. Turut diadakan pengagihan daging kepada keluarga ODS, anggota dan penduduk berdekatan. Antara objektif program ini dijalankan adalah untuk mendedahkan kepada kakitangan dan ODS mengenai pelaksanaan ibadah Qurban mengikut sunnah yang betul. Dengan pelaksanaan program ini diharapkan dapat memupuk semangat sedia berkorban dalam apa jua tugas yang diberikan kepada kakitangan dan ODS.
""