| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Hak Asasi Manusia Dalam Perspektif Sekolah Henry Gurney

Pada 13 September 2018 (Khamis) bertempat di Dewan Seroja telah diadakan Kursus Hak Asasi Manusia Dalam Perspektif SHGTM yang dikendalikan oleh Unit Latihan Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka. Program ini dianjurkan bertujuan memberi penekanan dan pengetahuan kepada para peserta berkaitan isu-isu hak asasi manusia dalam pengurusan layanan dan pemulihan terhadap pesalah juvana. Ceramah telah disampaikan oleh Cik Wan Nurhafizah Binti Junid, Pegawai Kanan Bahagian Pendidikan Unit Latihan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia. PKP Abd Rahman Bin Taib, Pengarah Sekolah Henry Gurney Telok Mas Melaka turut hadir merasmikan majlis pembukaan dan penutupan kursus tersebut.

""